UNIT BIMBINGAN

Prinsip Bimbingan Dan Kaunseling


GURU UNIT BIMBINGAN

  • Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan.Pelajar dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan, dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.

  • Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua pelajar.Tiap-tiap pelajar memperoleh peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, atau kepercayaan.

  • Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya.Pada ketika tertentu seorang pelajar mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.

  • Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka.Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.

  • Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.

  • Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan.Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya sekarang dalam jangka masa panjang.

  • Bimbingan dan kaunseling menolong pelajar menyedari kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatannya.Dalam Bimbingan dan Kaunseling fokus adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.

  • Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama.Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa, dan pelajar patut berkerjasama dan saling berundung antara satu dengan lain.

  • Bimbingan dan Kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai pelajar.Segala maklumat mengenai pelajar adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami pelajar secara menyeluruh supaya dapat memberi bimbingan dan kaunseling yang berkesan

  • Setiap individu berbeza dalam gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar.Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut:

  • Orentasi Deria -Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran, dan rasa.
  • Gerak balas - Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui pemerhatian sahaja.
  •  Corak Pemikiran - Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan tertentu.

  • Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam persekitarannya.Misalnya seorang pelajar yang dibesarkan di luar bandar akan dapat dikesan sebagai berasal dari luar bandar demikan juga sebaliknya.Oleh itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan, tetapi ini bergantung kepada nilai, jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan.Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan untuk membuat penyesuaian diri. 

  • Bimbingan dan Kaunselimg adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal pelajar.Ini bermakna pelajar tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia kognitif.Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental, dan rohani.Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.
  • Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan pelajar.